Perbincangan di dalam tugasan yang diberi ini akan menyentuh secara detail dan anatikal
berkaitan perkara penting di bawah tajuk “Penyelesaian Masalah atau Problem Solving”. Perbincangan ini akan menyentuh beberapa tajuk utama iaitu definisi penyelesaian masalah, penyelesaian masalaah dari perspektif Thorndike, John Dewey, dan ahli Psikologi Gestlat. Perbincangan ini juga membicarakan pendekatan terkini atau kontemporari dalam menyelesaikan masalah, faktor-faktor yang menghalang penyelesaian masalah, pengetahuan pakar dalam penyelesaian masalah dan meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah.
Penyelesaian Masalah boleh didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamaat. Robert Gagne di dalam Bukunya “ Educational Programs “ (1977,p. 177) menjelaskan “Adalah menjadi satu matlamat utama untuk seseorang guru mengajar pelajarnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah, seperti masalah matematik dan masalah fizikal, masalah kesehatan, masalah sosial dan penyesuaian diri”. Masalah yang senang memerlukan penyelesaian yang mengandungi langkah-langkah yang tidak kompleks. Individu menerima semua maklumat yang dikehendaki untuk menyelesaikan masalah sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan dalam arahan yang diberi kepadanya. Masalah yang senang mempunyai penyelesaian yang spesifik dan seseorang individu mudah mengetahui sama ada penyelesaian itu betul atau salah. Tetapi bagi masalah yang rumit, ia memerlukan penaakulan dan analisis yang logik. Ahli psikologi menyatakan bahawa manusia sedang mempelajari sesuatu apabila berusaha menyelesaikan masalah. Ini adalah disebabkan di dalam proses penyelesaian masalah individu akan mencari kesimpulan tentang sesuatu perkara, mengaplikasi masalah dengan cara yang paling mudah, mempelajari undang-undang menyelesaikan masalah dan mencipta beberapa pelan atau cadangan untuk penyelesaian masalah. Proses ini menjadikan manusia semakin matang (Anderson 1993).
Sumber : Yahaya, Ahmad.2010.Penyelesaian Masalah,dalam http://eprints.utm.my, diunduh 8 Oktober 2014
No comments:
Post a Comment